Wednesday, January 26, 2011

List Taman Terbaik Di Dunia.

Selalu melangkah kaki kerumah yang saiz laman agak besaq. kita selalu tengok pokok-pokok, kolam ikan, tak pon pondok kecik utk beristirehat cam dalam rancangan - rancangan kat dalam tv tu.

Ni aku nak cerita skit antara taman taman botani yang agak cool di dalam dunia..tapi sayang diantara list tu tadak masuk nama malaysia yang kaya dengan sumber alam ni ha. Ish tang mana silap tatau la, ka juri ni tak letak markah pasai mabuk kena nasi beriyani kambing kot.

Kalau di blog aku yg lagi satu tu iaitu BelogApaSajaJadi selalu aku count pasai benda paling sempoi dulu dari no 1 ke last..kali ni kita amik yang paling last sampai number satu plak lah.. senang crita la kan amik yg kurang hebat ke yang paling hebat sangat, bukan apa..nak bikin saspen skit..tak gitu opahnye?

10- Versailles, France

ni adalah satu kebun bunga yang dihiasi dengan pokok di sekitar jalan dia dengan tasik yang ada kat situ seluas 101. Kalau 101 satu hektar bukak buat tanam pokok getah. kayo ni..



9-Singapore Botanic Garden

Ni merupakan taman atau kebun yang tercantik di dunia yang terletak di Singapore jiran kepada negara kita yang kita tau tempat dia memang pesat membbangun dan dia punya alam sekitar agak first class gak bersih cuma di tempat tertentu sajala, taman ni dibina sekitar tahun 1859,mai aii..lama gila kot, merdeka pon dak lagi masa tu, takkan tak kena bom dengan geng jepun masa perang dulu? terletak di tengahnya kawasan ni adalah satu tempat yang di bagi nama National Orchid Garden yang mana terdapat sebanyak 60,000 pokok orkid yang berwarna warni. Ni mau kita pi, kompem nak petik bawak balik mai.Lupa nak cakap, luas dia dalam 180 hektar.




8-Descanso Gardens California

Ni adalah garden yang terletak di California, Amerika. Jika anda berada di Los Angeles dan kepingin nak ke sini boleh memandu dan mengambil masa dalam 20 minit untuk sampai ketempat ni.Tempat ni boleh dijadikan research sebab banyak jenis tumbuhan yang ada disini dan depa gak gelarkan tempat ni syurga pertanian. Jadi pada yang rasa dah dok belah area sana tengah holiday ka honeymoon ka atau tengah berskandal bolehla pi tang sini cuci-cuci mata skit.



7-. Butchart Gardens, British Columbia

Lawa kan? haha..tepegun sikitjam tengok gambaq di, memang sangat lawa, kalau la kat sini pon ada tempat lawa cam ginik..nak gak p tengok pagi2 sambil joging. dia terletak di columbia dimana terletak pada kawasan seluas 22 hektar, walopun tempat kecik tapi banyak pokok gak dalam 700 jenis pokok ada dan untuk kita pi tempat ni adalah antara dalam bulan Mac sampai Oktober, kalau pi masa tu orang kata bunga dia kembang elok masa tu. Kalau p time lain buleh tengok daun dia sajala..huhu




6-Villa D’Este, Italy

Terletak di salah satu kawasan Italy dimana tempat ni aku tengok macam taman dalam filem Alice In Wonderland yang Jhonny Depp jadi mamat muka tepung gomak pakai topi tuh dengan stokin street fashion jepun. Terletak di kawasan villa ni adalah taman ni, penuh dengan tempat-tempat pancutan air tak kira daripada kolam mahupun tugu yang berupa kepala binatang yang depa decorate kat situ.




5-Dumbarton Oaks, Washington, D.C




4-Villa Ephrussa de Rothschild, France

Elok tempat ni, sesuai utk golongan romantik berpiknik.Ada pokok lavender, olive dan lelain.Bunga di taman ni diambik daripada bunga bungaan dari Jepun dan jugak negara Sepanyol.



3-Sourhead Warminister, England

Bagi yang minat filem klasik mungkin suka dengan taman ni, dah macam crita narnia dgn robin hood dah. Memang ada kelas tinggi ini taman.Contoh terbesar untuk kita tengok taman ni yang mengingatkan kembali zaman abad ke 18.





2- The Master of Nets Garden, China

Taman ni terletak di bahagian tenggara negara china.Dipanggil Wangshiyuan dalam bahasa China, Ini adalah taman yang dilahirkan sejak zaman Dinasti Song lagi dimana digabungkan dewan, bilik muzik yang digabungkan dengan pokok buluh yang membangkitkan lagi keharmornian alam.





1-Sans Souci Potsdam, Germany

Memang patot German dapat nombor satu, tengok sajalah ruangan tangga yang dihias pokok yang membangkitkan rasa terpukau kita bila melihat gambaq neh. Kalau putrajaya di buat secantik camni, kompem bepusu orang mai tengok. Nama tempat atau bangunan ni adalah Frederick the Great of Prussia yang mana dibina bersama sama antara Istana dan juga taman-taman yang cantik camni yang mana tumbuh-tumbuhan ni boleh hidup tak kira masa walaupon di musim panas, kawasan ni juga dibina patung maharaja rom, rumah mewah Chinese Luxury Tea.



Ni sajalah yang ada setakat ni. Mungkin utk masa akan datang akan ada lagi yang aku boleh dapat akan aku share kat sini.

1 comment:

B33HA B3n said...

OH! COOL HABIS! LIKE THIS ENTRY!