Monday, January 31, 2011

Gambar Yang Aku Rasa Chanteks.





Macam besa, keja aku bosan2 tengok-tengok gambaq yang lawa-lawa dan pelik.

Hari ni nak kongsi beberapa gambaq yang buleh dikatakan agak awe-so-me untuk diterima kepala lutut. Mungkin ramai peminat photography di kalangan kita, tak banyak pun sikit saja, tapi boleh dikatakan zaman sekarang ni budak2 baru lepas baligh pon dah cukup suka da amik gambaq tambah2 gambaq mulut cam donald duck yang muncung tuh tak pon gambaq dari atas utk menyembunyikan lelemak di perot dan pose cute.

Ni adalah gambaq beberapa pemandangan yang boleh dilihat di beberapa tempat di sekitar alam ni. Memang chantek bila kita bosan, stress kita tengok gambaq pemandangan jadi cool sikit kepala hotak kita neh dan kadang-kadang boleh lupa masalah.

Jadi apa tunggu lagi jom la pakat tengok utk menambah pengetahuan nak mengedit atau saja-saja cuci mata.Bagi aku gambaq-gambaq ni betoi2 menyentap hati daripada lonely,HDR dan jugak macam2 category aku gabung dalam satu entry ni.


























Ni plak adalah hasil aku edit sikit2.


Sunday, January 30, 2011

Top 5 Filem paling hot pasal Penculikan.

Di Malaysia kekadang cerita pasai penculikan di angkat sebagai cerita yang dibuat secara komedi, tapi bagi di US cerita camni lah yang paling depa suka buat untuk filem aksi dimana keadaan ligan meligan berlaku, babak bedarah hidung, hero lawan dgn 10 orang jahat dan sebagainya.

Untuk yang minat pasai filem ni aku nak update sikit beberapa filem yang hot di US sepanjang zaman ni.Klik nama filem untuk terus kepada dia punya video trailer.

Berada di ranking paling tinggi adalah dari filem bertajuk :

1- Silence of the lamb




Cerita ni pada tahun 1991 dimana seorang agen FBI pompuan sedang mencari serial killer yang menculik orang dan menyiat depa punya kulit.Pembunuh bersiri tu dibagi nama "Buffalo Bill".


2-Taken






Cerita ni sapa tak tengok memang sangat2 rugi. Filem pasai kasih sayang ayah dan anak nih memang hebat. Dimana seorang ayah dia yang merupakan bekas ejen CIA yang menyelamatkan anak dia yang pi bercuti dengan kawan dia di PARIS untuk didagangkan sebagai barang dagangan seks.Kalau hampa minat filem aksi yang ni mungkin menyajikan yang terbaik dengan skill dia mencari anak dia dan menyiasat satu persatu sampai jumpa. Tengoklah kalau sudi sebab mungkin tahun ni akan keluar Taken 2 plak.

3-Ransom





Cerita lakonan Mel Gibson yang mana dalam filem ni anak dia telah diculik dan penjahat tu nak wang tebusan, sementara tu anak dia tak berjaya dia amik balik, dan dalam tu banyak benda yang berlaku..siap umah dia dah jadi macam pejabat polis plak..haha..dulu penah tgk crita ni time sekolah ni.layan gak.

4-Man On Fire





Ni adalah filem remake atau buat balik dari filem asal yang dibuat pada tahun 1956 yang jugak merupakan filem top pada zaman tu. Filem yang dibuat balik ni ditayang pada tahun 2004 lakonan Denzel Washington yang memang popular dengan filem-filem yang jenis camni.Casey lakonan Denzel ni adalah seorang bodyguard kepada seorang kanak-kanak dan dalam masa dibawah jagaan dia tu budak ni telah di culik, dan dia lah yang akan mencari balik penculik-penculik tu dan crita ni berlaku dikawasan Mexico dan didalangi oleh Polis Mexico sendiri.Pada yang nak tau kisah selanjutnya kena lah tengok atau download saja movie ni.

5- Along Came Spider




Lakonan Morgan Freeman filem yang diadaptasi dari sebuah dari buku dan tajuknya adalah sama dengan tajuk filem ni sendiri berkisah pasai penculikan gak dimana Seorang anak perempuan orang besaq atau ahli Kongres telah diculik masa dia di sekolah oleh orang dalam pasukan Secret Service yang menjaga budak ni.Dan cam biasa Agen yang dah bersara lakonan Morgan ni lah yang menolong depa mencari balik budak ni.

Wednesday, January 26, 2011

List Taman Terbaik Di Dunia.

Selalu melangkah kaki kerumah yang saiz laman agak besaq. kita selalu tengok pokok-pokok, kolam ikan, tak pon pondok kecik utk beristirehat cam dalam rancangan - rancangan kat dalam tv tu.

Ni aku nak cerita skit antara taman taman botani yang agak cool di dalam dunia..tapi sayang diantara list tu tadak masuk nama malaysia yang kaya dengan sumber alam ni ha. Ish tang mana silap tatau la, ka juri ni tak letak markah pasai mabuk kena nasi beriyani kambing kot.

Kalau di blog aku yg lagi satu tu iaitu BelogApaSajaJadi selalu aku count pasai benda paling sempoi dulu dari no 1 ke last..kali ni kita amik yang paling last sampai number satu plak lah.. senang crita la kan amik yg kurang hebat ke yang paling hebat sangat, bukan apa..nak bikin saspen skit..tak gitu opahnye?

10- Versailles, France

ni adalah satu kebun bunga yang dihiasi dengan pokok di sekitar jalan dia dengan tasik yang ada kat situ seluas 101. Kalau 101 satu hektar bukak buat tanam pokok getah. kayo ni..



9-Singapore Botanic Garden

Ni merupakan taman atau kebun yang tercantik di dunia yang terletak di Singapore jiran kepada negara kita yang kita tau tempat dia memang pesat membbangun dan dia punya alam sekitar agak first class gak bersih cuma di tempat tertentu sajala, taman ni dibina sekitar tahun 1859,mai aii..lama gila kot, merdeka pon dak lagi masa tu, takkan tak kena bom dengan geng jepun masa perang dulu? terletak di tengahnya kawasan ni adalah satu tempat yang di bagi nama National Orchid Garden yang mana terdapat sebanyak 60,000 pokok orkid yang berwarna warni. Ni mau kita pi, kompem nak petik bawak balik mai.Lupa nak cakap, luas dia dalam 180 hektar.




8-Descanso Gardens California

Ni adalah garden yang terletak di California, Amerika. Jika anda berada di Los Angeles dan kepingin nak ke sini boleh memandu dan mengambil masa dalam 20 minit untuk sampai ketempat ni.Tempat ni boleh dijadikan research sebab banyak jenis tumbuhan yang ada disini dan depa gak gelarkan tempat ni syurga pertanian. Jadi pada yang rasa dah dok belah area sana tengah holiday ka honeymoon ka atau tengah berskandal bolehla pi tang sini cuci-cuci mata skit.



7-. Butchart Gardens, British Columbia

Lawa kan? haha..tepegun sikitjam tengok gambaq di, memang sangat lawa, kalau la kat sini pon ada tempat lawa cam ginik..nak gak p tengok pagi2 sambil joging. dia terletak di columbia dimana terletak pada kawasan seluas 22 hektar, walopun tempat kecik tapi banyak pokok gak dalam 700 jenis pokok ada dan untuk kita pi tempat ni adalah antara dalam bulan Mac sampai Oktober, kalau pi masa tu orang kata bunga dia kembang elok masa tu. Kalau p time lain buleh tengok daun dia sajala..huhu




6-Villa D’Este, Italy

Terletak di salah satu kawasan Italy dimana tempat ni aku tengok macam taman dalam filem Alice In Wonderland yang Jhonny Depp jadi mamat muka tepung gomak pakai topi tuh dengan stokin street fashion jepun. Terletak di kawasan villa ni adalah taman ni, penuh dengan tempat-tempat pancutan air tak kira daripada kolam mahupun tugu yang berupa kepala binatang yang depa decorate kat situ.




5-Dumbarton Oaks, Washington, D.C




4-Villa Ephrussa de Rothschild, France

Elok tempat ni, sesuai utk golongan romantik berpiknik.Ada pokok lavender, olive dan lelain.Bunga di taman ni diambik daripada bunga bungaan dari Jepun dan jugak negara Sepanyol.



3-Sourhead Warminister, England

Bagi yang minat filem klasik mungkin suka dengan taman ni, dah macam crita narnia dgn robin hood dah. Memang ada kelas tinggi ini taman.Contoh terbesar untuk kita tengok taman ni yang mengingatkan kembali zaman abad ke 18.





2- The Master of Nets Garden, China

Taman ni terletak di bahagian tenggara negara china.Dipanggil Wangshiyuan dalam bahasa China, Ini adalah taman yang dilahirkan sejak zaman Dinasti Song lagi dimana digabungkan dewan, bilik muzik yang digabungkan dengan pokok buluh yang membangkitkan lagi keharmornian alam.





1-Sans Souci Potsdam, Germany

Memang patot German dapat nombor satu, tengok sajalah ruangan tangga yang dihias pokok yang membangkitkan rasa terpukau kita bila melihat gambaq neh. Kalau putrajaya di buat secantik camni, kompem bepusu orang mai tengok. Nama tempat atau bangunan ni adalah Frederick the Great of Prussia yang mana dibina bersama sama antara Istana dan juga taman-taman yang cantik camni yang mana tumbuh-tumbuhan ni boleh hidup tak kira masa walaupon di musim panas, kawasan ni juga dibina patung maharaja rom, rumah mewah Chinese Luxury Tea.



Ni sajalah yang ada setakat ni. Mungkin utk masa akan datang akan ada lagi yang aku boleh dapat akan aku share kat sini.

Monday, January 24, 2011

Botol Coca Cola Yang Jarang Kita Tengok.

Di Malaysia ni aku tau ramai penggemar-penggemar barangan antik, tak pecaya kita boleh tengok di atas jalan raya apabila sebuah kereta mini cam drama Mr.Bean tu, tak pon motor honda Cup yang warna masih berkilat dan sempoi lagi berpusu-pusu di atas jalan masa hari kemerdekaan punya cat walk..

Harini nak ajak pakat-pakat tengok sikit pasai design yang antik dan moden daripada pengeluar Coca - Cola ni yang mana memang kita jarang nak dapat tengok kalau kita dok dibawah tempurung saja. Betoi dak? Orang yang minat barang antik ja yang tak dok bawah tempurung sebab depa kena rajin menjelajah untuk cari barang yang depa dok minat ni.

Aku bagi mukadimah yang agak simple dan style dulu lah dia punya botol atau design botol tu.

1- Dilahirkan oleh orang bernama Roberto Cavalli pada tahun 2008 yang telah buat design di atas botol Coke Light ni yang aku tengok dah berupa macam ala-ala model pakai baju harimau bintang dah..







2- Yang no 2 ni plak di reka oleh Nathalie Rykiel iaitu anak kepada seorang yang agak famous dalam bidang fashion yang di bagi nama Sonia Rykiel pada tahun 2008.



3- Ni plak bottol yang terawal dalam sejarah Coke yang dibuat pada tahun 1899. Makalau dapat botol ni..pokcik kayooo la..




4- Yang ni plak di panggil the Magnificient 5 atau "M5", dibina oleh lima jenis studio di seluruh dunia pada tahun 2005.




5- Botol ni pon kira lama gak dibina atas usahasama syarikat coke yang buat pertandingan mencipta dengan design utk sapa yang nak reka botol tu yang mana depa mau botol tu senang nak kita tengok dalam keadaan gelap gulita dan senang dikenal pasti bila dia rosak. Jadi orang yang jumpak design ni adalah orang yang bernama Earl R. Dean yang mana dia jumpak dalam sebuah buku yang mana syarikat yang buat botol ni pada zaman tu adalah syarikat dia sendiri iaitu Root Glass Company.




Jadi ni serba sedikit utk peminat coca cola, ada lagi jenis keluaran dia termasuk keychain, bekas simpan botol dan sebagainya, jadi aku share dulu sikit pasai dia punya design botol. kalau ada lagi akan di update..selamat mengumpul.