Monday, January 24, 2011

Botol Coca Cola Yang Jarang Kita Tengok.

Di Malaysia ni aku tau ramai penggemar-penggemar barangan antik, tak pecaya kita boleh tengok di atas jalan raya apabila sebuah kereta mini cam drama Mr.Bean tu, tak pon motor honda Cup yang warna masih berkilat dan sempoi lagi berpusu-pusu di atas jalan masa hari kemerdekaan punya cat walk..

Harini nak ajak pakat-pakat tengok sikit pasai design yang antik dan moden daripada pengeluar Coca - Cola ni yang mana memang kita jarang nak dapat tengok kalau kita dok dibawah tempurung saja. Betoi dak? Orang yang minat barang antik ja yang tak dok bawah tempurung sebab depa kena rajin menjelajah untuk cari barang yang depa dok minat ni.

Aku bagi mukadimah yang agak simple dan style dulu lah dia punya botol atau design botol tu.

1- Dilahirkan oleh orang bernama Roberto Cavalli pada tahun 2008 yang telah buat design di atas botol Coke Light ni yang aku tengok dah berupa macam ala-ala model pakai baju harimau bintang dah..







2- Yang no 2 ni plak di reka oleh Nathalie Rykiel iaitu anak kepada seorang yang agak famous dalam bidang fashion yang di bagi nama Sonia Rykiel pada tahun 2008.



3- Ni plak bottol yang terawal dalam sejarah Coke yang dibuat pada tahun 1899. Makalau dapat botol ni..pokcik kayooo la..




4- Yang ni plak di panggil the Magnificient 5 atau "M5", dibina oleh lima jenis studio di seluruh dunia pada tahun 2005.




5- Botol ni pon kira lama gak dibina atas usahasama syarikat coke yang buat pertandingan mencipta dengan design utk sapa yang nak reka botol tu yang mana depa mau botol tu senang nak kita tengok dalam keadaan gelap gulita dan senang dikenal pasti bila dia rosak. Jadi orang yang jumpak design ni adalah orang yang bernama Earl R. Dean yang mana dia jumpak dalam sebuah buku yang mana syarikat yang buat botol ni pada zaman tu adalah syarikat dia sendiri iaitu Root Glass Company.




Jadi ni serba sedikit utk peminat coca cola, ada lagi jenis keluaran dia termasuk keychain, bekas simpan botol dan sebagainya, jadi aku share dulu sikit pasai dia punya design botol. kalau ada lagi akan di update..selamat mengumpul.

No comments: